Powered By Blogger

Friday 21 October 2011

Ingatan untukmu Sayang

Sayang,
Jangan semai benih kebencian
di hatimu
Besyukurlah akan kejayaan
temanmu
Ucapkan tahniah kepada
temanmu
Jadikan kejayaannya satu suntikan
yang bermakna buatmu.
Rezekinya rezekimu akan hadir
jua andai ada usaha gigih.
Setelah dirimu memerah keringat
setelah dirimu mencuba dan berusaha
pasti kemenangan ditanganmu.

Sayang
Perjalananmu merentas perbukitan
bebatuan tinggi dan curam
dakilah dan terus mendaki
andai dirimu terjatuh tersungkur
bangunlah jangan mengeluh
jadikan itu hanya cubaan dan ujian
mencapai puncak.

Sayang,
Andai dirimu sudah di puncak
ucapkan syukur alhamdulillah.
Pandanglah ke belakang
jenguklah ke bawah
di sana ramai temanmu
perlukan huluran kasihmu.

Sayang,
Ingatlah suntikan kasih
yang kau hulurkan hari ini
menjadi pautan kasih sayang
antara dirimu dan dirinya
hingga ke akhir hayat.

Sayang,
Andai dirimu telah girang merai
kejayaan
Jangan dirimu mendabik dada
Masa ini dirimu dijulang
Tiba masanya dirimu tinggal seorang.
Jika hari ini dirimu mewah
Tiba masanya dirimu akan kecewa.

Sayang
Semua ini hanya ingatan
di kamar hatimu
Ceriakan dirimu dengan kesedarhanaan
Mantapkan dirimu dengan keyakinan
bahawa dirimu hanya insan biasa
jangan ada kebencian di hatimu
dan di hati mereka teman-temanmu.
Bersyukurlah.

1 comment:

  1. Sayang,
    Jangan ada rasa kebencian dan PHD .Bagi ku tak pernah wujud di hati ini membenci kejayaan temanku.Malah ku rasa bersyukur dan bangga kerana kejayaannya adalah kejayaanku juga tanamkan di hatimu.. "suatu hari ku pasti sepertinya juga..insaallah".

    ReplyDelete