Powered By Blogger

Friday 14 October 2011

ANDAI DIRIMU TAHU

Ku sedar betapa kerdilnya tubuh ini
andai bertiup angin
terbang diriku melayang
bagaikan  cebisan kertas putih
jatuh ke tanah diwarnai aneka noda.

Ku cuba menahan sebak
dadaku bagai dipukul ombak
nafasku tarik perlahan dan dalam
syukur ku masih sempat menatap
mentari pagi.

Tahlil dan tazkirah di pagi Jumaat
mengamit rasa menusuk kalbu
membuatkan hatiku sayu dan layu.
Hatiku menangis sedih 
memohon dan merayu.
Ya Allah,
ampunkan dosa-dosaku dari setiap;
perlakuanku kejahilanku
setiap kealpaanku kesilapanku
setiap langkahku tanpa relamu
setiap lafaz tutur dan bicaraku
janganlah menguis hati
teman dan suadaraku.
Ya Allah,
andai dapat ku undur waktu
menjadi sesuci usia seorang bayi
seputih sehelai kain putih
betapa bahagianya diriku
betapa ku hargai waktu walau sesaat
betapa ku bangga menjadi perindu
pada pencipta maya ini
betapku bersemangat yakin menyeru
mendekatimu mengagungi kekuasaanmu.
Ya Allah,
Kepadamu ku mohon ruang
kuncikan hatiku dengan iman
pagari diriku dengan keinsafan
matikan langkahku ke jalan yang sesat

celikkan mataku ke jalan yang benar.
Indahkan dan perhalusi tutur kataku
buat penyejuk hati yang panas.
Biar mereka tahu aku bukan begitu
ku tetap rasa gelisah
siapalah aku insan yang lemah.

No comments:

Post a Comment