Powered By Blogger

Sunday 17 April 2011

HATI WANITA

Hati wanita tu lembut.
kekadangg hatinya keras tapi ia umpama sekeras2 kerak nasi,
pasti ia akan lembut juga.
Ambil hatinya
Ucapkan sayang dan rindu bila dirimu jauh,
Berikan kucupan sayang di dahinya bila dirimu berangkat pergi di subuh hari
Bercakap lembut dan mesra jangan menengking atau mengarah,
Bermurahlah dengan senyuman dan puji-pujian kerana ia penyejuk hati wanita bergelar isteri.
Hormati diri wanita isterimu
seperti mana suami juga mahukan dirinya dihormati.
Dengarilah resah dan masalahnya
kerana dirinya adalah sebahagian
dari kehidupanmu.
Layani diriku sebaik yang mampu
tidakku pinta di luar mampumu.
Hulurkanlah tgnmu membantu kesibukanku
walauku bergelar ibu dan isteri
namun ku juga bekerja seperti dirimu.
Jangan kerana kelewatanku ..disambut dengan curiga.
Jangan tinggikan suaramu
kerana hatiku akan menangis sedih..
Ku bukan budak kecil yang masih ingusan
siapalah diriku seindah semanis ungkapan awalmu
'sayang' bukan nya 'kau'.
Pujilah kesabaranku,kesetiaanku,kegigihanku
walau ku tidak secantik dulu.
Ku masih punya harga diri untuk bersuara,
disayangi dan dikasihi.
Itulah impianku buat penyambung cinta kita
pengubat hatiku yang telah terluka.
Ku masih ada hati
untuk dicintai dan mencintai
kerana kuhanya insan biasa.
Rinduku saat-saat awal kita bersama
senyum, mesra,renungan matamu
ya aku rindu semua itu..

oleh Zainor April.

No comments:

Post a Comment