Powered By Blogger

Wednesday 30 September 2015

Merimbun Menyemai Kasih

TITIPAN KASIH MAMA.

Tanggal 28 September 2015
Ku bulatkan tekad
Ku pimpin tangan dan jemari kecil

Si Celik manis
Di sinilah tempatmu berteduh
mengenal  abjad, alif ,ba, ta dan
1, 2, 3 serta solat,
blajar bersama rakan seusia
bermain bersama teman-teman
comel wajahmu tanpa ada resah
setip hari kita susuri jalan berliku
setiap petang balik membimbit
pakaian lusuh yang basah
mandi sendiri bersama rakan.

Si Celik manis,
dirimu anak mama yang comel
Tiap hari mama titipkan dirimu
di bawah asuhan Ummi Bestari
Harapan mama moga dirimu
beroleh sinar dan hidayah
buat bekalan di hari tua.

Si Celik manis,
Tika mama sudah tiada
Usah dirimu sesali kasih mama
tiada harta dapat mama wariskan
hanya rimbunan kasih yang tiada
bandingannya
kasih sayang mama tetap ikhlas
dirimu pengubat rindu mama.

Si Celik manis,
Harapan mama kepadamu
membesarlah dengan ceria dan santun
berilmu dan berakhlak terpuji.
Mama tak pasti sampai bila
dapat bersamamu
Ya Allah, doa mama panjatkan
panjangkan usia mama
biar mama dapat melihat dirimu
Si Celik manis membesar
dan menjadi insan berguna.

Si Celik manis,
Selagi mama masih bernafas
dirimu tetap mama sayang
dirimu tetap mama curahkan kasih dan sayang
kerana dirimu adalah titipan kasih Allah
buat mama.
Allahu Akhbar
Di sini Allah menguji kesabaran mama
menguji kasih mama buatmu
si Celik manis.







No comments:

Post a Comment